in ,

Pelancaran Steam Deck Ditunda Ke Februari 2022 Kerana Kekurangan Material

Steam Deck yang pada asalnya dijadualkan akan dilancarkan pada Disember 2021, kini telah ditunda selama dua bulan.

Valve telah mengeluarkan kenyataan baharu, mengumumkan bahawa tarikh pelancaran terkini Steam Deck adalah pada Februari 2022.

“Kami memohon maaf atas perkara ini — kami telah melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu rantaian bekalan global, tapi disebabkan kekurangan material, komponen-komponen tidak dapat tiba ke fasiliti pembuatan kami pada waktunya untuk kami menepati tarikh pelancaran asal kami,” ujar kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, Valve tidak menyatakan dengan jelas mengenai apakah negara-negara yang tersenarai dalam pelancaran pada Februari itu. Terdahulu, Steam Deck dijadualkan dilancarkan untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah pada Disember 2021, dan akan mengumumkan tarikh pelancaran untuk negara-negara lain kemudian.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hextech Mayhem: Game Spin-Off League of Legends Akan Dilancarkan Ke PC, Switch, Netflix Gaming

Sekuel PUBG Mobile, PUBG: New State Kini Dilancarkan Sepenuhnya Untuk Android, iOS