in , , , , ,

Pelancaran Penuh eFootball 2022 Ditangguh Ke 2022, Konami Pulangkan Semula Wang RM169 Untuk Pek Premium

Umpama jatuh ditimpa tangga. Itulah apa yang berlaku kepada eFootball 2022 sekarang.

Kemaskini 0.9.1 untuk eFootball 2022 telahpun dikeluarkan semalam. Namun, harus diingat, ini hanyalah kemaskini kecil yang masih lagi dalam bentuk sebuah demo — belum mencapai ke tahap sebuah ‘game penuh’.

Sebaik sahaja melancarkan kemaskini kecil itu, Konami telah mengumumkan bahawa eFootball 2022 versi 1.0.0, atau dalam kata lain, pelancaran penuhnya telah ditunda ke musim bunga tahun 2022 (sekitar Mac hingga Jun) — yang mana pada asalnya dijadualkan dilancarkan pada 11 November ini.

Lebih membuatkan game ini semakin cacamarba, Konami turut mengumumkan pembatalan pra-tempah Premium Player Pack yang berharga RM169 itu (ya, sebuah game percuma tapi tetap ada add-on berharga sebegitu). Premium Player Pack ini pada asalnya hanya akan boleh digunakan selepas pelancaran 1.0.0 itu.

Kepada pemain yang telah membuat pra-tempah untuk Premium Player Pack, wang mereka akan dikembalikan semula secara automatik tanpa perlu pemain itu lakukan apa-apa. Namun, ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk dilengkapkan.

Itu belum cukup. Konami turut mendedahkan yang pelancaran eFootball 2022 ke platform mobile juga telah ditunda ke musim bunga 2022.

Buat masa ini, eFootball 2022 hanya boleh dimainkan di PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Iklan TV UEFA Champions League Tampilkan Karakter Ikonik PlayStation – Kratos, Aloy, Nathan Drake

Take-Two Telah Labur RM220 Juta Untuk Satu Game Ini, Kemudian Batalkannya