in ,

Pelancaran Ke PS4 Takkan Rendahkan Kualiti Horizon Forbidden West Untuk PS5, Kata Pengarah

Pengarah game Horizon Forbidden West, Mathijs de Jonge telah menegaskan yang pelancaran game open-world itu untuk kedua-dua generasi konsol ‘tidak akan mengehadkan apa-apa dalam apa jua cara’.

Perkara ini dijawab de Jonge ketika ditanyakan tentang adakah terdapat perbezaan ketara antara versi PS4 dan PS5, atau adakah proses pembangunan rentas generasi terbukti mampu membataskan apa-apa, dalam satu temu bual bersama HardwareZone.

“Saya tak fikir pembangunan rentas generasi mengehadkan apa-apa,” kata de Jonge. “Semasa kami mulakan dengan konsep game ini, kami mempunyai banyak idea hebat yang akhirnya berjaya dimasukkan ke dalam game — sehinggakan kami tidak memikirkan sebarang pembatasan hardware atau apa-apa, kami hanya mahu mencipta satu pengalaman menarik, unik untuk pemain. Satu pengembaraan menakjubkan. Itulah bagaimana kami mencurahkan idea semua quest dan event yang pemain akan rasai.”

“Saya rasa perbezaan besar antara dua konsol ini, selain tentunya audio 3D, loading pantas dan DualSense, adalah aspek grafik,” tambah beliau. “Dalam PlayStation 5, kami mampu menambah lebih banyak butiran dari segi grafik. Kita dapat lihat bulu roma di wajah Aloy, sebagai contoh. Kamu juga boleh lihat banyak perincian dari jauh.”

Horizon Forbidden West akan dilancarkan untuk PS4 dan PS5, namun belum ada tarikh pelancaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Teaser Pertama Rainbow Six Extraction – Sesuatu Misteri Telah Merebak

Ini Trailer Sinematik Pertama Battlefield 2042 Penuh Memukau, 128 Pemain Disahkan, Dilancarkan Oktober Ini