in ,

Pelan Unifi Basic Berkelajuan 30Mbps Dengan Harga RM79 Sebulan, 60GB Kuota Data

Minggu lalu, Telekom Malaysia (TM) telah mengacah para penggunanya dengan satu pelan Unifi baru yang akan diumumkan pada hari ini (12 Julai), yang mana ia dikatakan berkelajuan 30Mbps pada harga bawah RM100.

Kredit: Amanz.

Terkini, TM telah berkongsi lanjut tentang pelan baru Unifi ini. Digelar Unifi Basic, ia menawarkan kelajuan internet 30Mbps pada harga RM79 sebulan, tetapi didatangkan bersama kuota data terhad sebanyak 60GB sahaja.

Menurut laporan Amanz, pelan ini ditujukan secara eksklusif kepada pengguna isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM4500.

Pelan Unifi Basic ini hanya menawarkan akses kepada internet sahaja, bermakna tiada perkhidmatan telefon serta Unifi TV.

Pendaftaran untuk Unifi Basic akan dibuka pada 15 Julai ini di laman web rasmi TM.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Akhirnya, Fortnite Battle Royale Dilancarkan Secara Rasmi Dalam PlayStation Store Asia (R3) Di PS4

Sah Dengan Naik-Taraf 10x Ganda! Pelanggan Unifi Sedia Ada Akan Ditingkatkan Kelajuan Sehingga 800Mbps