in ,

Pelakon Watak Sully, Mark Wahlberg Kata Filem Uncharted Terasa Seperti Indiana Jones

Setelah lebih daripada sedekad tergendala, filem adaptasi video game Uncharted akhirnya akan menjadi kenyataan selepas ia kini bergerak ke hadapan dengan lebih positif.

Ketika bercakap kepada Collider, pelakon watak Sully dalam filem ini, Mark Wahlberg mengesahkan bahawa penggambaran akan bermula kira-kira dua minggu lagi, bermakna pada bulan Mac ini. Pendedahan ini selari dengan apa yang pernah dikatakan oleh Tom Holland sebelum ini.

Wahlberg yang telah membaca skripnya telah mendedahkan serba sedikit apakah yang akan berlaku dalam filem ini. Katanya, filem ini akan mengisahkan asal-usul (origin) pertemuan antara Nathan Drake dan Sully. Pada awalnya, mereka berdua memiliki banyak perbezaan, tapi kemudian mereka menjadi sahabat.

Beliau turut menyamakan jalan cerita yang akan dibawakan boleh dikatakan sama seperti dalam filem-filem Indiana Jones. Ini semestinya tidak mengejutkan kerana ia mempunyai tema yang sama — ahli arkeologi yang mengembara ke serata dunia, menemui, menyelamat, dan memusnahkan barangan-barangan bersejarah.

“Saya merasakan apabila saya membacanya, saya sedang membaca Indiana Jones atau Thomas Crown Affair,” ujar Wahlberg. “Saya dapat elemen filem rompakan dan filem pengembaraan seperti sesuatu yang saya tak pernah terlibat.”

Dalam game Uncharted 3: Drake’s Deception, kita dapat saksikan bagaimana Sully dan Drake bertemu buat kali pertama. Memandangkan filem ini akan mengikuti rapat game asal, seperti yang diperkatakan Tom Holland, kemungkinan besar babak pertemuan itu akan mengambil banyak daripada babak dalam Uncharted 3.

JomBaca: Filem Uncharted Mendapat Pengarah Ke-7, Antonio Banderas Sertai Barisan Pelakon

Filem Uncharted akan ditayangkan bermula 5 Mac 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Main Game, Makan, Minum, Tidur Di Atas Katil Gaming Buatan Jepun Ini

Main Game, Makan, Minum, Tidur Di Atas Katil Gaming Buatan Jepun Ini

Satu Game Star Wars Baru Yang Tak Pernah Diumumkan Telah Tertiris Di PlayStation Store

Satu Game Star Wars Baru Yang Tak Pernah Diumumkan Telah Tertiris Di PlayStation Store