Siapa yang akan membawakan watak Sub-Zero dalam filem Mortal Kombat akan datang? Ya, jawapannya sudah terjawab.

Dalam satu laporan eksklusif oleh The Hollywood Reporter, Joe Taslim telah diumumkan sebagai pelakon yang bakal memegang watak Sub-Zero dalam filem Mortal Kombat yang kini dalam proses pra-produksi.

Filem yang menaikkan nama Joe Taslim ialah dalam The Raid Redemption (2011), memegang watak Jaka. Pertempurannya dengan Mad Dog (Yayan Ruhian) pastinya menjadi buah mulut sehingga kini. Pelakon dari Indonesia itu turut muncul dalam Fast & Furious 6, Star Trek Beyond dan The Night Comes for Us.

Semakin tak sabar untuk kita ketahui siapa lagi akan membintangi dalam filem ini. Siapa agaknya akan menjadi musuh sejak azali Sub-Zero, iaitu Scorpion?

Filem adaptasi dari video game ini akan diterbitkan oleh James Wan dan diarahkan oleh Simon McQuoid.

JomKomen!