Bukan calang-calang pelakon Netflix ambik. Nah, Superman terus jadi Witcher!
Khabar berita pembikinan siri TV The Witcher di Netflix sudah lama bertiup. Misteri sekian lama adalah – siapakah yang selayaknya memainkan watak Geralt of Rivia?
Sebagai karakter utama dalam francais novel, komik dan game tersebut, Geralt selaku The Witcher memainkan peranan penting dalam menceritakan mainan emosi dan pilihan moral karakter tersebut di dalam dunia fantasy novel Andrzej Sapkowski.
Akhirnya misteri ini terungkai.
Beberapa hari lepas, Henry Cavill yang ditemuramah IGN pernah mengatakan beliau berminat untuk memainkan watak Geralt di dalam adaptasi siri TV ini. Malahan beliau turut suka akan siri novel asal yang menjadi inspirasi kepada komik dan game dibangunkan CD Projekt Red.
Hari ini, Netflix pula mengumumkan Henry Cavill adalah Geralt yang kita nantikan selama ini! Pelakon yang terkenal sebagai Superman dalam DC Extended Universe ini akan melabuhkan mantel Superman dan menghunus pedang besi dan perak bagi menentang musuh nyata dan mistik!
Henry Cavill akan menjadi watak utama di dalam siri Netflix 8-episod yang dibangunkan oleh Lauren Schmidt Hissrich. Siri ini akan difilemkan berdasarkan 8 novel dan koleksi cerita The Witcher Saga. Jadi rupa dan rekaan karakter yang dilihat di dalam game The Witcher mungkin takkan menyerupai rekaan di dalam siri ini nanti.
Bosslogic, seorang peminat telah menghasilkan fanart Henry Cavill sebagai Geralt. Kitorang boleh katakan, dengan kuasa mekap dan CGI – Henry Cavill boleh menyerupai Geralt dengan caranya yang tersendiri.
Apa pendapat korang? Suarakan di komen Facebook dan Twitter kitorang!
Comments
Loading…