in ,

Pelakon Suara Abby Dalam The Last of Us 2 Buka Mulut Tentang Kebencian Yang Diterimanya

Antara isu paling panas yang berlaku dalam dunia gaming pada tahun 2020 ialah tentang kontroversi The Last of Us Part II. Dari kejadian sebahagian besar jalan ceritanya tertiris, sehinggalah kepada kebencian para peminat terhadap karakter-karakter yang ada dalam game terbaharu Naughty Dog ini, ia sememangnya sebuah game yang hangat diperbualkan, malah sehingga ke hari ini.

Terbaharu, bercakap kepada Game Informer dalam satu temuramah, pelakon suara watak Abby, Laura Bailey telah membuka mulut tentang kebencian yang diterimanya terhadap pembawaan karakter tersebut.

Bailey merasakan bahawa kebencian terhadap karakter ini adalah berpunca daripada jalan cerita yang tertiris itu. Sekiranya para pemain habiskan sekuel ini terlebih dulu, kata Bailey, pasti mereka akan dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku kepada Abby.

“Saya dapat jangka pasti ada kecaman,” kata Bailey. “Saya boleh agak yang saya akan dapat sedikit kebencian. Saya tak jangka pula sampai tahap macam itu.”

“Ia satu ribut yang sempurna. Saya rasa info tertiris itu telah banyak mempengaruhinya. Kalau pengalaman pertama kamu adalah ketika bermain game ini, dan kemudian kamu terus bermain, kamu akan dapat perkembangan dan pemahamannya.”

“Tapi info tertiris itu keluar beberapa bulan sebelum, kamu mempunyai beberapa bulan untuk orang ramai mewujudkan halangan dan benteng sebelum mereka dapat memahami kisah di sebalik Abby, dan akhirnya terlalu ramai pemain yang tidak berjaya dapat [memahami kisah Abby].”

Korang setuju dengan pandangan Laura Bailey ini? Sudahkah korang menghabiskan The Last of Us Part II?

Korang boleh baca review kami tentang The Last of Us Part II di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sekuel PUBG Dilaporkan Sedang Dibangunkan Untuk PC, Konsol Dan Mobile

Sony Malaysia Umum Pra-Tempah PS5 Seterusnya Dibuka Esok, Tiada Pra-Tempah Online

Sony Malaysia Umum Pra-Tempah PS5 Seterusnya Dibuka Esok, Tiada Pra-Tempah Online