Siapa dah tengok Shazam!?

Dalam satu temuramah bersama sebuah laman web Brazil, mereka telah mewawancara Zachary Levi, pelakon utama Shazam!. Di antara soalan mereka adalah, karakter video game manakah yang beliau berminat untuk lakonkan di dalam adaptasi filem?

Sebagai seorang gamer, jawapan beliau sememangnya menarik perhatian kitorang. Beliau menjawab, beliau ingin melakonkan watak Nathan Drake dari video game Uncharted.

Jika saya perlu memilih, saya memilih untuk melakonkan watak Nathan Drake. Ianya pasti menyeronokkan. Ianya (Uncharted) adalah game yang menyeronokkan, dan Nathan adalah karakter yang hebat. Dia seperti Indiana Jones, saya ingin menjadi Indiana Jones.

Selain itu, beliau turut berkata beliau berminat untuk memainkan watak Joel daripada The Last of Us! Game tersebut mempunyai kisah yang menarik bukan sahaja bagi medium video game, bahkan dari mana-mana medium pun sepanjang tempoh 10 tahun lepas.

Kedua-duanya daripada Naughty Dog, tambah beliau lagi.

Kitorang seronok mendengar seorang pelakon Hollywood yang juga seorang gamer memetik nama Nathan Drake dan Joel sebagai karakter kegemaran. Awesome lah abam Levi.

JomKomen!