Makin misteri game ni, makin galak peminat cuba merungkai rahsia trailer terbaru Death Stranding.

Menurut spekulasi peminat yang gigih cuba merungkai rahsia game bernama Death Stranding yang dibangunkan Hideo Kojima – Stephanie Joosten, pelakon yang memainkan watak Quiet di dalam Metal Gear Solid V: The Phantom Pain akan muncul di dalam game tersebut.

Di dalam trailer terbaru Death Stranding, peminat mengaitkan karakter baru yang diperlihatkan di dalam trailer Death Stranding di Tokyo Games Show kepada Stefanie Joosten. Raut bentuk wajah karakter tersebut kelihatan seakan wajah pelakon suara tersebut. Bendera Belanda/Netherlands yang dipakai karakter tersebut juga dikaitkan kerana Joosten sendiri berasal dari negara tersebut!

Joosten sendiri tidak menjawab spekulasi ini, bagaimanapun agensi pengurusannya membalas dengan thumbs up! Sesuatu sungguh!

JomBaca: Gadis Gaming: Stefanie Joosten, Gadis Belanda Inspirasi Kojima!

Selain itu, Troy Baker yang memainkan watak lelaki misteri bertopeng emas di dalam trailer tersebut menyertai barisan bintang seperti Norman Reedus, Mads Mikkelsen, Guillermo del Toro, Léa Seydoux, Lindsay Wagner, dan Emily O’Brien. Hanya masa akan menentukan sekiranya Stefanie Joosten akan menyertai senarai ini secara rasmi.

Kitorang menjangkakan pengumuman rasmi daripada Kojima Productions tak lama lagi menjelang pelancaran game Death Stranding yang masih belum mempunyai tarikh pelancaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.