Peminat tegar siri Uncharted pasti kenal dengan pelakon suara Nathan Drake. Siapa lagi kalau bukan Nolan North.
Di sebalik nama beliau yang cukup sinonim dengan francais Uncharted, Nolan North telah mendedahkan bahawa beliau lebih teruja dengan siri televisyen The Last of Us yang bakal diterbitkan HBO berbanding filem Uncharted yang telah terperosok tergendala selama lebih sedekad.
Dalam episod terbaharu Retro Replay, satu channel yang diterajui beliau sendiri bersama Troy Baker (pelakon suara Joel dalam The Last of Us), North berkata:
“Memikirkan tentang bahawa mereka akan membikin satu siri [The Last of Us] adalah jauh lebih baik berbanding membikin filem. Saya rasa ia mengagumkan. Dan memiliki dia [Craig Mazin] yang menulis Chernobyl sebagai ketua projek ini. Saya rasa ia mengujakan. Saya lebih teruja dengan itu, saya harus jujur, daripada filem Uncharted, sebab saya sukakan Mark Wahlberg, tetapi saya tak nampak dia sebagai Sully. Saya memang tak nampak dia sebagai Sully.”
North menegaskan lagi bahawa siri TV berepisod lebih memberikan keadilan kepada penceritaan dalam sesebuah video game berbanding filem. Ini sememangnya dipersetujui ramai kerana game itu sendiri mempunyai jalan cerita sepanjang 15 hingga 20 jam — dan bagaimana ia harus direnyukkan ke dalam sebuah filem yang hanya berdurasi 90 atau 120 minit?
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh tayangan yang diumumkan untuk siri televisyen The Last of Us kerana produksi hanya akan bermula selepas game The Last of Us Part II siap dilancarkan, yang mana sekuel game itu juga telah ditunda ke satu tarikh yang tidak dinyatakan.
Adaptasi game berlatarbelakangkan pasca-apokalips ini akan mendapat kerjasama antara Craig Mazin, penulis untuk siri mini Chernobyl di HBO, dan Neil Druckmann, orang penting dari Naughty Dog yang menjadi penulis utama untuk game asal The Last of Us serta sekuelnya yang akan dikeluarkan pada tahun ini.
Siri TV The Last of Us ini merupakan karya pertama daripada PlayStation Productions, sebuah kumpulan penerbitan filem dan TV di bawah Sony Interactive Entertainment.
Untuk filem Uncharted pula, buat masa ini, dijadualkan ditayangkan pada 8 Oktober 2021, selepas ditunda entah berapa kali.
Comments
Loading…