in , , ,

Pelakon Marlene Dari Game The Last of Us Akan Bintangi Watak Sama Dalam Siri HBO

Di kala para peminat sehingga ke hari ini masih berdebat tentang siapa sebenarnya yang lebih sesuai menghidupkan watak Joel dan Ellie — walaupun sudah diumumkan secara rasmi — Sony dan HBO nampaknya mengambil langkah lebih selamat untuk satu watak sampingan ini.

Pelakon watak Marlene dalam game pertama dan sekuel The Last of Us, Merle Dandridge telah diambil untuk membintangi watak yang sama dalam adaptasi siri televisyen The Last of Us yang bakal ditayangkan di HBO, lapor The Hollywood Reporter.

Marlene merupakan ketua kepada kumpulan Firefiles, sering menjadi sahabat baik kepada Joel, sehinggalah kepada babak terakhir dalam game pertama di mana kedua-duanya akhirnya tidak sehaluan.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey akan kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. Gabriel Luna pula bakal membawakan watak Tommy.

Kerusi pengarah untuk episod pertama telah diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin ‚ÄĒ insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri TV Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kemaskini Genshin Impact 1.6 – Mengembara Bersama Klee Dalam Midsummer Island Adventure

Sony Paparkan Video 2 Saat Dari Filem Uncharted – Sully Tetap Tidak Bermisai