Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai tentera Kanada diarahkan untuk bermain Pokemon Go di setiap kem tentera negara tersebut, berikutan terdapat banyak kes-kes pencerobohan berlaku di dalam kem tentera.
Namun, penceroboh yang dikenal pasti oleh pihak tentera bukanlah ejen perisik dari luar negara. Tapi peminat game Pokemon Go yang didapati selalu menceroboh ke dalam kawasan kem tentera Kanada untuk menyelesaikan misi “gotta catch ’em all”.
Ramai suspek telah ditahan oleh pihak tentera selepas game itu dikeluarkan, dan ia sememangnya membingungkan pihak tentera Kanada. Paling mengejutkan, seorang wanita telah ditangkap bermain Pokemon Go sementara tiga orang anaknya sedang memanjat kereta kebal. Seorang lagi lelaki telah ditahan Kem Borden menjelaskan bahawa dia sedang mengumpulkan mata dan perlu mengalahkan anaknya.
Di laman Twitter rasmi tentera Kanada. Mereka menasihati pemain supaya berhati-hati semasa bermain agar tidak termasuk ke dalam kawasan larangan seperti kem tentera mereka.
If you’re a Pokémon trainer, we encourage you to play safe & avoid trespassing on Defence establishments #PokémonGo pic.twitter.com/aikhusD1Lb
— Canadian Armed Forces (@CanadianForces) July 28, 2016
Malah salah satu dari kem tentera Kanada iaitu Fort Frontenac telah menjadi stesen PokeGym dan PokeStop. Tiga orang pegawai tentera ditugaskan untuk berjalan di sekeliling kawasan kem sambil membawa telefon pintar dan buku nota bagi mengesan pemain, karakter dan infrastruktur Pokemon.
Selepas Pokemon Go telah dikeluarkan, notis amaran telah dikeluarkan kepada orang awam tentang larangan pemain Pokemon Go untuk memasuki kawasan kem tentera.
Walaupun situasi kelihatan tidak baik untuk kem-kem tentera Kanada yang lain. Namun, dari sudut positif, di kem Petwawa, lebih ramai orang melawat ke kawasan muzium di mana ia menjadi tempat tumpuan bagi game tersebut.
Sumber: StraitsTimes
Comments
Loading…