in , ,

PC Game Pass Kini Dilancarkan Sepenuhnya Di Malaysia, Hanya RM5 Untuk 3 Bulan Pertama

Microsoft pada hari ini mengumumkan bahawa PC Game Pass kini telah dilancarkan sepenuhnya untuk beberapa negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Untuk tiga bulan pertama, pemain akan hanya dikenakan bayaran serendah RM5, dan nikmatilah lebih daripada 100 game dalam pustaka yang mereka sediakan tanpa had.

Kemudian, selepas tiga bulan itu, pemain hanya perlu membayar RM15 sebulan, sekiranya ingin meneruskan langganan.

“Matlamat kami ialah membawakan PC Game Pass kepada lebih banyak negara di mana Windows boleh didapati untuk membolehkan kami mencapai lebih 3 bilion pemain di seluruh dunia,” kata Jeremy Hinton, Ketua Perniagaan Xbox Asia dalam siaran akhbar yang diedarkan.

“Kami telah bermula dengan baik di Asia Tenggara, di mana kami melihat permintaan kukuh bagi PC Game Pass dalam tempoh previu. Ini termasuk pilihan permainan yang semakin bertambah meliputi pelbagai genre dan menyediakan sokongan bahasa yang lebih.” 

Apa yang lebih menarik, Microsoft turut menyatakan “pengumuman ini [pelancaran PC Game Pass] menandakan permulaan bagi Xbox di Asia Tenggara”. Adakah ini merupakan satu petanda bahawa Microsoft sedang merancang untuk membawa masuk Xbox ke pasaran Asia Tenggara secara rasmi?

Pelancaran penuh PC Game Pass ini adalah susulan daripada previu yang telah mereka keluarkan bulan lalu. Korang boleh baca pandang pertama kami ketika mencuba previu tersebut di pautan ini.

Untuk melanggan dan maklumat lanjut mengenai PC Game Pass, korang boleh layari laman rasminya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pedro Pascal Tak Pandai Main Game The Last of Us, Tak Mahu Terlalu Meniru Joel

Selepas Microsoft, Sony Juga Dilaporkan Akan Paparkan Iklan Dalam Game Percuma PlayStation