in

Patutkah Streamer Membayar Royalti Kepada Pembangun Game? Ini Respon Pengarah Kreatif Google Stadia

Patutkah streamers membayar royalti kepada pembangun video game ke atas game yang mereka mainkan secara langsung di hadapan para penonton? Ini jawapan pengarah kreatif Google Stadia.

Alex Hutchinson, pengarah kreatif Montreal Studio of Stadia Games and Entertainment

Menurut Alex Hutchinson, pengarah kreatif di Montreal Studio of Stadia Games and Entertainment dalam ciapannya di Twitter menyuarakan pandangan beliau mengenai isu ini dengan berkata streamers meraih pendapatan daripada game yang mereka beli atau dapat secara percuma. Menguatkan pendiriannya bahawa streamers patut membayar royaliti kepada pembangun video game.

Walau bagaimanapun, pandangan Alex Hutchinson itu telah mendapat kritikan negatif daripada netizen. Pandangan beliau menyebabkan Google mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan pandangan Alex Hutchinson tidak mencerminkan pendirian di Google, Stadia atau YouTube.

Manakala menurut Michael Hartman pula, seorang pembangun game yang berpengalaman 30 tahun berkongsi pandangan beliau di Twitter dengan mengatakan kebanyakan penonton menonton stream atas sebab kandungannya yang bersifat hiburan dan bukannya untuk membeli game tersebut. Beliau juga berkata streamers juga merupakan salah satu bahagian dalam pemasaran, tapi bukan bahagian yang penting. Ini kerana streamers tidak membawa kepada jualan video game yang banyak (kecuali Among Us dan Phasmophobia).

Namun, beliau percaya pada masa depan streamers akan menjadi bahagian yang penting dalam pemasaran video game dan mungkin pembangun video game dan streamers akan mendapat manfaat yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Apa pandangan korang pula? Patutkah streamers membayar royalti kepada pembangun video game ke atas game yang mereka mainkan secara langsung di hadapan para penonton?

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat - Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs

Glitch Paling Trending Di FIFA 21 Sekarang Lompatan Macam Super Mario

Mark Walhberg Kongsikan Video Pertama Sully Yang Bermisai Dalam Filem Uncharted