in ,

Paten Controller PS5 Terbaru Tambah 2 Butang Tambahan Di Belakang, Sama Macam Aksesori Baru Controller PS4

Minggu lalu, Sony telah mendedahkan aksesori terbaru untuk DualShock 4, digelar Back Button Attachment. Aksesori tersebut merupakan dua butang tambahan di bahagian bawah belakang controller — mula dipasarkan pada 23 Januari ini.

Apa yang menarik tentang aksesori ini ialah pemain boleh memprogramkan dua butang ini mengikut apa sahaja butang sedia ada di DualShock 4. Tujuannya adalah untuk memudahkan pemain menekan butang yang diingini mengikut keselesaan pemain itu sendiri.

Terbaru, nampaknya kita mungkin dah tahu mengapa Sony telah mengumumkan aksesori butang tambahan ini lebih awal untuk DualShock 4, iaitu untuk membiasakan pemain dengan butang-butang di controller PS5 kelak, yang seakan sama dengan aksesori baru DualShock 4 itu.

Menurut laporan nl.letsgodigital.org (via Push Square), Sony telah memfailkan paten terbaru untuk controller PS5 kelak. Berbeza dengan aksesori DualShock 4 yang hanya ada dua butang tambahan, paten terbaru ini menyatakan tentang terdapat empat butang tambahan.

Menurut dokumentasi paten ini, dua butang besar itu adalah untuk melaraskan panjang pemegang controller, bermakna ia akan mengikut keselesaan yang dipegang oleh pelbagai pemain berbeza saiz tangan. Dua butang yang lain itu pula, seperti dijangka, digunakan untuk gameplay — sama seperti Back Button Attachment.

Korang boleh lihat sendiri dokumen paten ini di sini, dalam bahasa Jepun, yang memaparkan lebih banyak gambar dari beberapa sudut berlainan.

Semestinya, ini bukanlah rekaan muktamad untuk controller PS5 kerana mereka tidak menyatakan secara jelas sama ada paten ini adalah untuk controller PS5 ataupun tidak. Mereka hanya menyatakan ia adalah paten untuk “DualShock”.

Kita sudah pun dapat melihat bentuk rekaan awal controller PS5 sebelum ini, yang mana tiada lagi lightbar dan rekaan L2/R2 yang lebih besar.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Cukai 6% Akan Dikenakan Dalam PlayStation Store Malaysia Bermula 1 Januari 2020

Jangan Tonton Trailer Pelancaran Death Stranding Kalau Nak Elakkan Spoiler Kerana Ianya Hampir 8 Minit

10 Game Paling Panjang Untuk Dihabiskan Sepanjang Tahun 2019