Misi menakhluk Asia bermula malam ini!

Asia Virtual Pro Club League (AVPCL) 6th Asia Champion merupakan sebuah kejohanan FIFA Pro Club di peringkat tertinggi Asia yang dianjurkan oleh Asia Electronic Football Association (AEFA).

Kejohanan yang dijalankan 2 kali setahun ini, telah memasuki musim ke-6, dan buat pertama kalinya, Win Is Simple telah berjaya menduduki tangga ke-2 di peringkat kumpulan, menjadikan mereka satu-satunya pasukan dari Malaysia yang pernah lolos ke peringkat 16 terbaik.

[Kemaskini/]: Musim ke-6 yang dinyatakan di atas adalah musim ke-6 yang diadakan di platform PS4. Ia menjadikan Win Is Simple satu-satunya pasukan Malaysia yang pernah meloloskan ke peringkat 16 Terbaik ketika era PS4.

Semasa era PS3, PJ Eleven, sebuah lagi pasukan dari Malaysia telah mencipta sejarah yang amat besar. Asian Champions League – Season 1 pada tahun 2012 telah menyaksikan 3 pasukan dari Malaysia menyertainya, iaitu PJ Eleven, PSHM United dan Real Sundey FC. PJ Eleven dengan jayanya telah menjuarai kejohanan tersebut.

Bukan itu sahaja, PJ Eleven pada waktu itu merupakan sebuah gergasi besar rantau ini. Pada tahun yang sama juga, pasukan Malaysia telah layak ke iFVPA World Cup 2012, yang mana ia dibarisi kebanyakannya pemain dari PJ Eleven. Pasukan kebanggaan negara ini akhirnya tewas di tangan Honduras di suku akhir.

Ia mungkin sudah terlambat, namun bak kata orang, better late than never – kami ucapkan tahniah kepada pasukan PJ Eleven kerana telah mengharumkan nama negara di peringkat Asia dan dunia.

Terima kasih kepada Jarrod Joshua (ketua pasukan PJ Eleven), IChek Chek dan Kheirul ‘Kei-end’ Naim kerana membantu kami mengemaskini artikel ini. :[/Kemaskini]

Untuk musim ke-6 ini, Malaysia telah menghantar dua pasukan ke AVPCL 6th Asia Champion. Sebuah lagi pasukan Malaysia, RedHome Sundays kurang bernasib baik apabila terkandas di peringkat kumpulan. Win Is Simple, yang berjaya meloloskan diri, telah berentap di peringkat kumpulan dengan pasukan-pasukan dari Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Bagi anda yang tidak tahu, FIFA Pro Club merupakan sebuah mode dalam siri FIFA, di mana setiap pemain dikawal oleh seorang pemain sahaja. Bermakna perlawanan akan menyaksikan 11v11 – sama seperti bola sepak sebenar.

Juga seperti bola sepak sebenar, untuk memilih dua pasukan negara yang layak untuk ke kejohanan AVPCL Asia Champion ini, pastinya terdapat liga domestik yang dijalankan oleh komuniti FIFA Pro Club Malaysia. 2 pasukan terbaik dari liga utama akan layak AVPCL Asia Champion.

Bermula malam ini, peringkat 16 terbaik akan membuka tirai. Win Is Simple akan bertemu dengan pasukan dari Korea Selatan, GuardiWenger UTD. Anda boleh saksikan aksi mereka malam ini, pada pukul 10.30 malam, melalui livestream yang akan dilakukan oleh pemain Win Is Simple di sini.

Berikut adalah barisan pemain, serta posisi dan formasi Win Is Simple yang bakal membawa nama tanah air di peringkat Asia malam ini:

Kesebelasan utama:
ST – Myfes_Epiz
LM – TI_aRamiS
CAM – Myfes_Warrior
RM – wanmohdanas
LDM – Azharjb84
RDM – Myfes_Reatum
LB – wandarimi89
CB – ELEMENT264
CB – hafizW
RB – Myfes_Masterkey 

Simpanan:
Hudzaifah
WeAreBarcaFamily
Panglima Garang
Hazzywaldolf

Di bawah adalah sedikit in-game screenshots yang dikongsikan oleh TI_aRamiS kepada JomGaming – memperlihatkan sedikit aksi Win Is Simple semasa bermain:

Jadi, jangan lupa, malam ini untuk memberikan sokongan kepada pasukan dari Malaysia ini! Semoga berjaya kepada Win Is Simple! Malaysia Boleh!

JomKomen!