in , , , , , ,

Pasukan Kebangsaan, Kelab-Kelab Rusia Takkan Ada Dalam FIFA 23, EA Sahkan

Minggu lalu EA telah mendedahkan secara rasmi FIFA 23, sekaligus berkongsikan beberapa butiran mengenainya, seperti bintang muka hadapan, fungsi cross-play dan lain-lain.

Terkini, EA telah mengesahkan yang pasukan kebangsaan Rusia dan kelab-kelab dari negara tersebut tidak akan dibawa masuk ke dalam FIFA 23.

“EA Sports bersolidariti dengan masyarakat Ukraine dan sepertimana begitu banyak suara di seluruh dunia, penggilan keamanan dan penamatan serangan terhadap Ukraine,” kata EA dalam satu kenyataan kepada PC Gamer. “Selari dengan rakan-rakan kongsi kami di FIFA dan UEFA, EA Sports tidak akan memasukkan pasukan kebangsaan Rusia atau kelab-kelab Rusia dalam FIFA 23.”

Langkah ini nampaknya diteruskan sejak mereka melakukan perkara yang sama dalam FIFA 22 pada Mac lalu.

Selain EA, beberapa syarikat gaming lain yang telah mengenakan sekatan ke atas Rusia adalah Niantic, Sony, Epic Games dan banyak lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Kami Dah Cuba FIFA 23, Ini Pandang Pertama – Mekanik Pertahanan Lebih Puas, Grafik Biasa-Biasa

Roller Champions Dari Ubisoft Dilaporkan Akan Dibatalkan Tidak Lama Lagi