in , , ,

Pasukan FIFA Pro Clubs Malaysia Layak Ke Piala Dunia Selepas Menjadi Juara Piala Asia

Pasukan kebangsaan yang membariskan pemain-pemain terbaik FIFA Pro Clubs tanah air telah berjaya menjuarai Virtual Pro Gaming (VPG) Asian Cup 2020 pada hujung minggu lalu.

VPG Malaysia berjaya mendudukkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di final dengan aggregat 2-0. Dalam perlawanan timbal balik pertama, Malaysia menembusi gawang UAE melalui dua jaringan daripada Muhammad Imran Burhanudeen (Imran Deen) dan Muhammad Zaqwan Saidan (zqwan). Dalam timbal balik kedua, perlawanan kekal 0-0.

Kejuaraan peringkat Asia ini sekaligus telah mengesahkan tiket automatik Malaysia ke VPG World Cup yang bakal diadakan pada tahun 2021.

Bercakap kepada Kosmo Online, PENGURUS skuad Malaysia, Amirul Ashraf Hassan Nordin menyifatkan taraf pemain-pemain negara sudah mampu mencabar kuasa-kuasa besar dunia dalam permainan video FIFA Pro Clubs selepas kejayaan membanggakan ini.

“Saya percaya negara-negara lain tidak akan memandang rendah Malaysia pada Piala Dunia nanti. Sasaran saya sekurang-kurangnya kami muncul sebagai lapan pasukan terbaik di dunia.”

Bagi yang tidak tahu, Pro Clubs dalam siri game FIFA adalah satu mode di mana pemain hanya mengawal satu sahaja pemain di atas padang. Kita akan menyaksikan 11 pemain menentang 11 pemain di pihak lawan — sama seperti perlawanan bola sepak sebenar.

Tahniah dan syabas JomGaming ucapkan kepada VPG Malaysia. Semoga mode FIFA paling underrated ini akan terus mendapat liputan yang lebih meluas daripada komuniti gaming tempatan dan antarabangsa.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Football Manager 2021 Akan Dilancarkan Ke Platform Baharu - Adakah PS5 Dan Xbox Series X?

Football Manager 2021 Akan Dilancarkan Ke Platform Baharu – Adakah PS5 Dan Xbox Series X?

PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5