in ,

Party Chat PS5-PS4 Dilaporkan Boleh Cross-Gen, 100 Pemain Dalam Party Sama

Terdapat individu yang dilaporkan telah menggali kod sumber laman web PlayStation Store (desktop), dan telah menemui beberapa fungsi dan ciri-ciri berkaitan PS5 yang masih belum didedahkan oleh Sony.

Laporan ini datang dari Reddit dan Resetera. Antara fungsi yang ditemui melalui penggalian ini ialah Party Chat yang sama akan boleh diakses melalui PS5, PS4 dan aplikasi mobile PlayStation. Dalam kata lain, para pemain di PS5 dan PS4 serta termasuk di mobile melalui aplikasi rasmi PlayStation akan boleh berkomunikasi antara satu sama lain (suara dan teks) kerana Party Chat bakal menyokong fungsi rentas platform.

Selain itu, tiap-tiap satu Party Chat itu juga dikatakan akan membenarkan jumlah ahli sehingga 100 pemain. Satu penambahan yang cukup besar, sekiranya sahih, memandangkan pada ketika ini, Party Chat di PS4 hanya membenarkan jumlah pemain maksima seramai 16 orang.

Berikut ialah senarai penuh apa yang telah mereka temui dalam penggalian di laman web PlayStation Store (tanpa terjemahan):

  • “Playing PS4 games on PS5, some functionalities available on PS4 may not be available.”
  • “This PS4 game isn’t supported with your PS5’s current system software. We’re continuing to make more PS4 games playable on PS5. Update your PS5, and then try playing the game”
  • “This PS4 game isn’t supported with your PS5’s current system software. We’re continuing to make more PS4 games playable on PS5. Update your PS5, and then try playing the game.”
  • “PS5 boost mode enabled”
  • “msgid_ps5_controller_trigger_effect”: “Trigger effect required”
  • “msgid_ps5_controller_vibration”: “Vibration function required”
  • “If the “Console Sharing and Offline Play” setting is enabled for your PS5, players aged 18+ who aren’t PS Now subscribers will be able to play PS Now games from the game’s shortcut icon (displayed on the PS5 home screen) as well as in the PS Now app.”
  • “Message and voice chat with friends across PS4, PS5 and PlayStation App.”
  • “PlayStation Plus cloud saves can be transferred manually to PS Now, and vice versa, using the Saved Data Management functionality on PS5.”
  • “Your wishlist isn’t available on this website. You can find it on a PS5”
  • Players can now share video clips, albums, artists, playlists, tracks on the console.
  • Players can now set a name and image for party groups.

Buat masa ini, Sony masih belum mendedahkan butiran-butiran ini secara rasmi. Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada mereka, sama ada ianya sahih ataupun tidak.

PlayStation 5 akan dilancarkan pada 12 November ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Marvel’s Spider-Man Remastered Di PS5 Bawakan Wajah Baru, Ramai Peminat Tak Puas Hati

Marvel’s Spider-Man Remastered Di PS5 Bawakan Wajah Baru Peter Parker, Ramai Peminat Tak Puas Hati

Jom Dengar Henry Cavill aka Geralt of Netflix Bacakan Buku Pertama The Witcher

Musim Ketiga The Witcher Telah Disahkan Untuk Netflix