in , ,

Parodi Battlefield 2042, Clownfield 2042 Kini Dilancarkan Di Steam, Hanya RM2.70

Mahukan game shooter yang lebih santai, dan lebih menarik, yang memparodikan salah satu game shooter terbesar tahun 2021? Memperkenalkan Clownfield 2042.

Clownfield 2042 merupakan sebuah game first-person shooter yang dibangunkan Riverside Sports dengan grafik yang lebih bersifat kartun. Seperti yang dapat kita lihat dalam judulnya, logonya dan gameplaynya, tentunya ia merupakan game parodi kepada Battlefield 2042.

Selain itu, menurut DSOgaming, beberapa ciri lucu lain juga ditampilkan dalam game ini untuk memberikan tamparan dan kritikan kepada Battlefield 2042, seperti melanggar hukum fizik, melanggar peraturan yang sepatutnya dimainkan dalam game shooter, serta sengaja meletakkan bug dan glitch yang tidak akan diperbaiki.

Malah, antara game mode yang ada juga merupakan satu parodi kepada Battlefield 2042, iaitu Hovercraft Zone yang mengkritik kegunaan terlampau banyak Hovercraft dalam game DICE itu.

Clownfield 2042 boleh dibeli di Steam dengan RM3. Namun sehingga 8 Januari ini, terdapat diskaun 10%, maka kini game itu kini boleh didapati pada harga hanya RM2.70.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PUBG, Dota 2, GTA V, Apex Legends Antara Game Menjana Pendapatan Tertinggi Di Steam Pada 2021

Game Sebenarnya Lebih Besar Daripada Filem, Kata George R. R. Martin