Nampaknya game Paragon telah membuka peluang pendaftaran akses untuk beta! Game yang bergenre MOBA ini telah mendapat perhatian terutamanya yang meminati eSports.
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba game ini, boleh mendaftar di SINI.
Paragon mempunyai third-person view dan mempunyai sistem menaik-taraf watak berkonsepkan kad. Setiap kad yang diperolehi akan membentuk tindanan kad dan bakal mempunyai strategi dan cara permainan yang tersendiri. Ini bermakna, setiap watak bakal mempunyai pelbagai cara dan taktik untuk menang di akhir pusingan.
Paragon telah diumumkan sebagai PS4 dan PC eksklusif dan dijangka bakal dikeluarkan pada pertengahan tahun 2016.
JomBaca: Kalendar game tahun 2016
Comments
Loading…