in , , ,

Paragon: Musim Kedatangan Games Bergenre MOBA!

Nampaknya Epic Games tidak mahu ketinggalan menarik peminat dalam genre MOBA yang semakin meningkat peminat dari hari ke hari!

Berikut adakah gameplay awal untuk Paragon.

Game MOBA ini bakal mempunyai third-person view dan mempunyai sistem menaik-taraf watak berkonsepkan kad. Setiap kad yang diperolehi akan membentuk tindanan kad dan bakal mempunyai strategi dan cara permainan yang tersendiri. Ini bermakna, setiap watak bakal mempunyai pelbagai cara dan taktik untuk menang di akhir pusingan.

Elemen-elemen MOBA seperti minions, towers dan core base dapat dilihat hadir dalam Paragon.

Paragon telah diumumkan sebagai PS4 dan PC eksklusif dan dijangka bakal dikeluarkan pada pertengahan tahun 2016.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League Berjaya Meraih Penghasilan Hampir RM215 Juta!

Uncharted 4: Aduhai Ditunda Lagi!