Awal pagi tadi, Pusingan 16 UEFA Champions League untuk musim 2019/2020 telah berakhir. Ia menyaksikan Bayern Munich dan Barcelona menyertai RB Leipzig, Atlético Madrid, Atalanta, Paris Saint-Germain, Manchester City, dan Lyon dalam kelompok lapan terbaik.
Bukanlah ingin mengulas betapa lemahnya pasukan dari England dalam pusingan kali ini tanpa kehadiran Liverpool (uhuk uhuk), tapi ada satu promosi di papan iklan di tepi padang yang telah menarik perhatian ramai gamer — iaitu logo PlayStation 5 telah dipaparkan.
Promosi ini mungkin adalah promosi awam fizikal atau bukan digital yang pertama kita saksikan, yang mana pada ketika ini Sony sudahpun memperlihatkan bermacam ciri baharu yang akan ditampilkan ke dalam konsol generasi akan datang itu.

Di sebalik pelbagai fungsi hardware yang diumumkan, terutamanya barisan game, Sony masih lagi berahsia tentang harga pasaran serta tarikh pelancaran tepat, yang mana ia hanya menyatakan yang PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
Terima kasih, Push Square.
Comments
Loading…