Musim ketiga Apex Legends semakin menuju ke penamatnya. Bagi menutup musim ini, Respawn Entertainment akan bawakan 7 mode waktu terhad yang menarik — satu acara yang digelar ‘Grand Soirée Arcade’.

Kesemua 7 mode ini boleh dikatakan unik, ada yang pernah, dan ada yang tidak pernah dibawakan ke dalam Apex Legends. Mode yang paling menarik perhatian pastinya pandangan 3rd-person yang dibawakan ke dalam game shooter ini buat kali pertama, yang mana sebelum ini hanya menampilkan pandangan first-person sejak pelancaran.

Di bawah ialah jadual untuk kesemua 7 mode waktu terhad berbeza yang akan berlangsung selama dua minggu:

  • 14-15 Januari – Gold Rush Duos
  • 16-17 Januari – Third-Person Mode
  • 18-19 Januari – Armed and Dangerous: World’s Edge
  • 20-21 Januari – Kings Canyon After Dark
  • 22-23 Januari – Dummies Big Day
  • 24-25 Januari – Live.Die.Live
  • 26-27 Januari – Always Be Closing

Musim keempat Apex Legends akan bermula pada 4 Februari, menandakan sambutan ulang tahun pertama game ini.

JomKomen!