in , ,

Pandang Pertama Ejen Ali Agents’ Arena – Konsep Game Mobile Menarik, Tapi Perlu Banyak Tambahbaik

Bulan lalu, Wau Animation telah mengajak orang ramai untuk mendaftar bagi mencuba game mobile terbaru berdasarkan siri animasi Ejen Ali.

Kini, game yang berjudul Ejen Ali Agents’ Arena itu sudah boleh dimainkan oleh pemain yang telah mendaftar untuk sesi percubaan ini. Untuk muat-turun, pemain boleh klik ke pautan ini, log masuk emel yang didaftarkan sebelum ini, dan sekiranya terpilih, akan dibenarkan untuk muat-turun.

Bagi yang belum mendaftar lagi, korang masih boleh melakukannya di pautan ini pula.

JomGaming telahpun mencuba Ejen Ali Agents’ Arena. Ia merupakan sebuah game 3-lawan-3 yang menggunakan mechanics MOBA mobile, dengan objektifnya seumpama mode Domination dalam kebanyakan game shooter — mempunyai tiga objektif: A, B dan C. Pasukan yang menguasai majoriti objektif akan menambah tiket (peratusan) dengan lebih pantas untuk memenangi pusingan tersebut.

Setakat ini, hanya ada enam karakter yang boleh dimainkan dalam versi beta ini. Karakter tersebut ialah Ali, Alicia, Khai, Mika, Roza dan Rudy. Seperti kebanyakan game MOBA mobile lain, setiap karakter mempunyai tiga abiliti iaitu cara serangan, gerakan pasif dan serangan ultimate (ulti). Dari segi abiliti yang diperkenalkan, bagi penulis ianya agak menarik, namun perlu banyak balancing kerana karakter seperti Roza dan Mika boleh dikatakan agak overpowered (OP).

Sebagai peminat siri Ejen Ali, penulis rasakan 3-lawan-3 adalah tidak sesuai dalam dunianya. Akademi MATA mempunyai empat teras (Neuro, Inviso, Tekno, Kombat), maka game ini seharusnya membawakan 4-lawan-4. Untuk lebih membuatkan game ini terasa seperti siri Ejen Ali, hanya seorang sahaja dari setiap teras boleh dipilih dalam kombinasi 4-pemain ini.

Bagi mengadaptasi permainan yang ditambah kepada 4-lawan-4, arena pertarungannya juga perlu dibesarkan. Keluasaannya harus dilebarkan dan jarak antara satu objektif dengan objektif lain harus dijauhkan sedikit.

Selain itu, tempoh masa untuk satu-satu pusingan sepatutnya ditambah. Permainan terasa sangat sekejap, kurang daripada lima minit, game sudah tamat.

Penulis pasti game ini masih lagi dalam versi yang awal, maka harapnya ia akan ditambahbaik berdasarkan maklumbalas daripada para pemain. Melalui balancing yang baik, serta dipengaruhi populariti siri animasi dan filem, Ejen Ali Agents’ Arena mampu menjadi ‘next big thing’.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us 2 Disahkan Tiada Multiplayer, Tapi Naughty Dog Ada Perancangan Lebih Besar

Saksikan Video Ini Bagaimana Senjata Diubahsuai Dalam The Last of Us Part II

Presiden Sony PlayStation Terangkan Mengapa Logo PS4 Dan PS5 Tidak Jauh Beza

Kos Produksi PS5 Saja Dilaporkan Sudah Mencecah Lebih RM1,800 – Sony Mengalami Masalah Menetapkan Harga