Lambat sangat tunggu Overwatch. Nah, Paladins dah umumkan kehadiran mereka ke Switch! Siap ada ciri multiplayer dengan player Xbox One!

Hi-Rez Studio telah mengumumkan game hero shooter mereka (sama genre dengan (Overwatch) akan hadir ke platform Nintendo Switch! Jom layan trailer di bawah:

Paladins versi Switch ini akan dilancarkan pada 12 Jun nanti dan akan boleh dimainkan pada 60fps serta cross-play bersama players Paladins di Xbox One.

Jualan Paladins Founder’s Pack akan bermula minggu depan pada harga USD29.99 (~RM119.47). Pakej ini akan disertakan dengan akses kepada semua hero yang ada sekarang, serta hero yang akan diumumkan di masa hadapan, termasuk item-item kosmetik eksklusif. Versi free-to-play akan dilancarkan sekitar Jun – September nanti.

Amacam? Siapa aje yang masih bermain game hero shooter Paladins ni selain Overwatch? Agak-agak best ke Paladins di platform Switch?

Paladins yang dilancarkan sebagai game early access di Steam kini boleh dimainkan di platform PlayStation 4, PC dan Xbox One. Nintendo Switch akan menyertai platform-platform ini tak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.