Semalam, Paladins telah mendedahkan mode battle royale, dengan mudahnya digelar Battlegrounds. Walaupun tiada tarikh keluaran rasmi buat masa ini, tapi sesi beta dijadualkan akan keluar sebelum bulan Mac 2018.
CEO Hi-Rez, Erez Goren memberitahu kepada DualShockers dalam sesi temu bual tentang bilakah pemain akan dapat bermain mode itu, “Kami mahu meletakkannya di tangan pemain dahulu pada penghujung suku tahun ini.”
Kemudian, COO Hi-Rez, Todd Harris menyambung, “Kami berharap, pada akhir bulan Februari (sebelum Mac menjelma), kami akan mempunyai orang yang ingin mencubanya. Saya tidak tahu sama ada ia akan dikeluarkan secara meluas pada masa itu.
Comments
Loading…