in ,

Paderi Di Vatican Buka Server Minecraft Sendiri Untuk Wujudkan Komuniti Kurang Toksik

Seorang paderi di Vatican berhasrat untuk membuka satu server Minecraft untuk mewujudkan satu komuniti yang kurang toksik kepada gamer.

Fr. Robert Ballecer, seorang bekas pelajar kejuruteraan di Lembah Silicon, berharap untuk memperkenalkan satu server Minecraft yang dibuka oleh Vatican bagi menawarkan satu persekitaran di mana pemain boleh mencurahkan kreativiti mereka dan membina perkenalan antara satu sama lain.

Projek itu dimulakan oleh beliau sendiri di Twitter, yang mana satu bancian telah dilakukan bagi mendapatkan pandangan para pengikutnya apakah server game yang mereka harus buka. Minecraft mendapat 64 peratus, mengetepikan game lain seperti Rust, Ark, dan Team Fortress 2.

Bercakap kepada Rome Reports, Ballecer berkata, “ia bukanlah tentang teknologi itu, ia juga bukanlah tentang gaming, ia tentang orang ramai berkumpul bersama yang mana mereka mungkin akan meneruskan pengenalan di dunia sebenar.”

Server Minecraft tersebut sedang diuji di minecraft.digitaljesuit.com, dan mereka sedang mengumpulkan maklum balas.

Sumber: VG247

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Gambar Devkit PS5 Telah Tersebar Di Internet, Kini Kita Tahu Kenapa Ia Berbentuk "V"

Gambar Devkit PS5 Telah Tersebar Di Internet, Kini Kita Tahu Kenapa Ia Berbentuk “V”

Tarikh Hari Ini, 25 Tahun Lalu, PlayStation Dilancarkan Buat Julung Kalinya, Baca Ucapan Presiden Sony IE

Tarikh Hari Ini, 25 Tahun Lalu, PlayStation Dilancarkan Buat Julung Kalinya, Baca Ucapan Presiden Sony IE