in ,

Pada 2016, Pasukan Indie Ini Lontarkan Idea Kepada EA Tentang Game Star Wars Dengan Misi Pertarungan Angkasa

Mungkin sebuah game yang sudah lama kita nantikan, tapi ditolak EA. Sayang.

Pasti ada daripada kita yang tertanya, mengapa Star Wars Battlefront II tiada misi campaign dalam persekitaran angkasa dengan kapal-kapal ikonik Star Wars yang boleh kita semua nikmati. Yang ada hanyalah pertarungan angkasa yang ada dalam Multiplayer, iaitu mode yang digelar Starfighter Assault.

Sebenarnya, idea ini pernah dilontarkan kepada EA pada tahun 2016, namun nampaknya syarikat gergasi itu tidak berminat untuk membangunkannya. Double Damage, sebuah pasukan pembangunan game indie, ada menunjukkan sebuah gameplay daripada game Star Wars buatan mereka dengan misi campaign pertarungan angkasa kepada EA.

Perkara ini didedahkan oleh ketua studio ini, Travis Baldree kepada Kotaku dan menyatakan game itu mempunyai elemen dan aura yang agak sama dengan Rebel Galaxy, sebuah game yang pernah dibangunkan oleh studio mereka.

“Ini adalah pada tahun 2016, dan kami lontarkan idea satu langkah lebih moden kepada X-Wing dengan semua elemen klasik,” kata Baldree. Idea mereka adalah untuk mengekalkan idea campaign, tetapi juga mengubah formula X-Wing yang lama bagi disesuaikan dengan audiens moden.

“Ia satu percubaan yang panjang, dan kami tidak meletakkan sebarang harapan untuk ia dipertimbangkan, namun kami lakukannya untuk memuaskan hati kami semua dan bukannya untuk berharap ia mendapat lampu hijau (daripada EA).”

Mereka mengambil masa 2 hingga 3 minggu untuk menyiapkan video yang korang boleh saksikannya di bawah. “EA mendengar kami dengan baik, tapi tiada apa-apa dilakukan, dan kami pun berlalu pergi.”

Game ini kelihatan sangat menarik. Pemain boleh melakukan hyperspace menggunakan Millennium Falcon, serta bertukar-tukar antara Millennium Falcon dengan kenderaan lain seperti X-Wing semasa dalam misi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

39 Game Indie Yang Kami Nanti-Nantikan Pada Tahun 2018!

Pokémon GO: Game Berteknologikan Augmented Reality Bakal Tiba Bulan Hadapan!

Waktu Pelancaran Pokemon Go Di Negara China Telah Disahkan, Akan Dilancarkan Pada Separuh Kedua Tahun 2018