in , , , ,

Overwatch Memperkenalkan Server Browser, Mode CTF Bakal Dikekalkan!

Sukakan mode tangkap (bendera) ayam? Penat dengan turret Torbjorn dan tembakan beam-lekat-badan-isap-nyawa Symmetra? Mahukan Server Browser?

Di dalam perancangan update terbaru,  Jeff Kaplan telah mengumumkan bahawa kini pemain Overwatch akan dapat bermain dengan aman mengikut kehendak mereka dengan menggunakan ciri server browser.

Pemain boleh mengatur peraturan cara game tersebut untuk di host, malah pemain lain boleh join sekali jika ia menetapi kriteria yang mereka tercari-cari. Contohnya seperti ban hero yang korang rasa annoying, game yang tiada cooldown atau bermain di map tertentu sahaja.

Dikatakan dahulu, mode Capture The Flag (CTF) merupakan antara salah satu mode yang akan dikeluarkan pada day-one tetapi disebabkan beberapa faktor yang tidak balance menyebabkan mode ini ditarik balik. Pihak developer Overwatch telah mendapat maklumbalas atas mode CTF yang diadakan sempena event Hari Raya Cina. Setelah membuat beberapa pertukaran, mode ini akan dijadikan salah satu mode kekal di dalam mode ‘arcade’ nanti.

Terdapat ramai pemain yang merasa masih banyak yang perlu dibaiki. Bagi penulis pula memang amat gemar mode ini tapi berasa amat frust apabila mendapat 6 seri antara 10 game yang di main. Terfikir pulak, lebih baik kalah terus, daripada terasa tergantung apabila dua-dua pihak tiada yang menang dan membawa pulang lootbox mingguan.

So, apa yang korang ingin customize di dalam game anda? Share sikit dengan kami antara peraturan kreatif yang korang terfikir sekarang!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
E3 Dibuka Untuk Orang Ramai Buat Julung Kali Pertama!

E3 Dibuka Untuk Orang Ramai Buat Julung Kali Pertama!

Final Fantasy XV: Tengok Sikit Ciri Custom Character Yang Bakal Tiba.

Final Fantasy XV: Tengok Sikit Ciri Custom Character Yang Bakal Tiba.