in , , ,

Overwatch Memperkenalkan Karakter Terbaru – Dan Ianya Bukan Doomfist!

Walaubagaimanapun, karakter ini masih belum diperkenalkan sepenuhnya – hanya dipaparkan di dalam blog Overwatch – Atlas News.

Atlas News merupakan sumber berita di dalam dunia Overwatch, dan sebuah artikel temuramah bersama karakter terbaru, Efi Oladele telah diterbitkan.

Efi Oladele, seorang saintis berumur 11 tahun daripada Numbani telah menerima anugerah ‘geran genius’ daripada Adawe Foundation di atas kejayaan beliau di dalam bidang robotics dan artificial intelligence.

Adakah ini hero ke 24 yang digembar-gemburkan baru-baru ini? Apa yang pasti karakter ini takkan disuarakan oleh Terry Crews. Bagaimanapun, berdasarkan temuramah bersama karakter ini, beberapa petunjuk dapat dikupas.

  1. Beliau pakar di dalam bidang robotics dan artificial intelligence.
  2. Beliau ingin membina sejenis robot yang dapat melindungi manusia.

Adakah ini bermakna beliau akan membina sebuah robot omnic baru? Yang pasti, jika beliau adalah hero yang baru, pastinya beliau akan mengawal robot ini dari jauh kerana Blizzard takkan meletakkan karakter kanak-kanak di dalam dunia peperangan.

Antara teori yang menarik adalah teori Doomfist yang kononnya mengaitkan Efi. Teori ini dikukuhkan lagi dengan melihat video origin story Sombra, yang terdapat babak ini:

Jika dilihat sebelah bawah kiri, terdapat ikon sarung tangan Doomfist yang dihubungkan kepada sebuah robot mech berbentuk labah-labah. Teori ini mengatakan Efi akan menggunakan teknologi sarung tangan Doomfist untuk mengawal robot labah-labah ciptaannya yang disuarakan oleh Terry Crews. Ya, kami masih mahu Terry Crews di dalam Overwatch.

Apa pendapat korang? Betul ke Bohong? Yang pasti, sama-sama kita tunggu pendedahan lanjut berkenaan karakter ini.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Horizon Zero Dawn Dijangka Terjual Sebanyak 8 Juta Unit, Menghampiri Kejayaan Uncharted 4 – Analisis

Battlefield 1: Saksikan Gameplay DLC They Shall Not Pass Buat Kali Petama – Map Dan Behemoth Baru!