in , , , , , , ,

Overwatch Halloween Terror 2019 Kembali Dengan Lebih Banyak Skin dan Challenge Mingguan Menarik

Junkerstein kembali untuk tahun ke-3 sempena perayaan Halloween di Overwatch dari Oktober 15 hingga 4 November 2019. Time ni la nak dapatkan barangan kosmetik paling gempak dan cool sepanjang tahun!

Pelbagai skin yang bertema seram dan aktiviti mingguan untuk mendapatkan skin serta barangan kosmetik seperti spray dan player icon. Termasuk juga highlight intro untuk beberapa karakter dan lebih banyak voiceline untuk semua!

Di sini kita boleh lihat McCree dengan intro terbaru bersama skin Halloween yang menyala-nyala. Sebanyak 5 skin legendary dan 3 skin epic telah dilancarkan mulai hari ini.

Undead McCree keluar keranda

Antara skin yang korang kene grind untuk mendapatan adalah Mummy Ana (bukan mummy ibu kepada Pharah ye, mummy berbalut tu)

Pharaoh Ana, – Shh, tido lena anakku sayang, mummy di sini

Ashe sebagai warlock dan Bob turut mendapat skin yang gempak.

Warlock Ashe, bersama Bob yang di ‘summon’

Widowmaker pula mendapat skin kala jengking keemasan, fuh ini betul nampak smart elegant habis!

Scorpion Widowmaker

Tracer pula mendapat skin ‘glow-in-the-dark’ yang agak menyilaukan.

Will-o’-Wisp Tracer

Akhirnya Orisa mendapat skin yang gempak bertema Diablo. Fuh tak penulis sabar nak grind untuk dapatkan skin ini!

Demon Orisa

Lucio turut mendapat skin ala-ala medusa dimana rambut beliau menjadi ikatan sekumpulan ular.

Gorgon Lucio

Untuk aktiviti mingguan pula, apa korang kene buat hanyalah main arcade dan menang 9 kali untuk dapatkan barangan tersebut. Setiap kemenangan 3 kali akan mendapat spray, player icon dan skin! Ha boleh la saving sikit coins nak beli skin bebanyak nanti.

Minggu 1 -Junkrat

Inferno Junkrat

Junkrat ni selalu terbakar akibat bermain api tapi ni level betul membara!

Minggu 2 – Baptiste

Vampire Baptiste

Baptiste boleh geng dengan dah dengan Soldier mendapat skin the undead. Handsome benar!

Minggu 3 -Sombra

Demon Hunter Sombra skin

Skin Demon Hunter untuk Sombra ini dilancarkan sempena Blizzcon 2018 tahun lepas dan kini semua player boleh mendapatkan kalau korang tak sempat membeli virtual ticket Blizzcon tahun lepas!

Zenyatta berdiri?

Aduh akhirnya Blizzard bagi juga emote Zenyatta berdiri! Tak pernah pernah kita tengok zenyatta mencecah kakinya di lantai. Dah lepas 4 tahun bertapa di udara, baru sekarang lenguh pinggang dan kaki eh?

Meriah betul Halloween event kali ini. Junkerstein Revenge akan kembali untuk mode co-op 4 orang. Kalau korang tak pernah menang hard mode, ini lah masanya untuk meletakkan nama di score board!

Selamat menembak semua!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0
Bikin Mobile Android Korang Jadi PC Gaming Berkuasa Tinggi Dengan App GeForce NOW!

Bikin Mobile Android Korang Jadi PC Gaming Berkuasa Tinggi Dengan App GeForce NOW!

Dunia League of Legends Diperluas - Umumkan Animasi, Dokumentari, Game Shooter, Game Fighting, Game Kad, Mobile, Konsol

Dunia League of Legends Diperluas – Umumkan Animasi, Dokumentari, Game Shooter, Game Fighting, Game Kad, Mobile, Konsol