in , , , , ,

Overwatch Hadiahkan Korang Dengan 5 Loot Box Sempena Perayaan Krismas!

Santa Claus ada bagi hadiah dalam Overwatch!

Blizzard telah menghadiahkan kepada semua pemain Overwatch dengan lima loot box. Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan hadiah bersempena perayaan Krismas ini adalah dengan hanya masuk ke dalam game dan korang akan mendapat ucapan selamat bercuti, berterima kasih kepada semua untuk “sokongan yang padu, passion dan semangat” terhadap Overwatch.

Tapi, korang kena cepat kerana pemberian lima loot box ini hanya berlangsung sehingga 1 Januari 2018 sahaja, jadi jangan lambat-lambat!

Di bawah ini adalah salah satu hadiah Krismas yang kitorang dapat daripada lima loot box yang kami sudah buka. Comel tak emote Orisa ni?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mode High Explosives Akan Ditambah Ke Dalam Fortnite Battle Royale Pada 28 Disember Ini

Pengarah Rise of the Tomb Raider Sertai Insomniac Games Sebagai Pengarah Reka Marvel’s Spider-Man