in

Overwatch: Filem Pendek Memperkenalkan Widowmaker Si Pembunuh Upahan

Dalam siri yang pertama, Blizzard telah memperkenalkan Winston. Kali ini giliran Widowmaker pula mengambil pentas dalam filem pendek Overwatch.

overwatch-widowmaker

Dalam video ini, Widowmaker memperlihatkan kepakaran beliau dalam menggunakan sniper rifle dalam usaha melakukan pembunuhan. Video ini juga memperlihatkan salah sebuah level yang bakal digunakan dalam game Overwatch iaitu King’s Row di London.

Blizzard telah memberitahu media bahawa mereka akan meneruskan siri ini dengan watak-watak lain di dalam Overwatch disamping mengeluarkan sebuah grafik novel yang diberi nama Overwatch: First Strike.

Overwatch-03Overwatch akan berada di PC, PlayStation 4 dan Xbox One pada 24 May dan open beta akan bermula pada 5 May.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Alibaba Akan Menganjurkan Pertandingan Esports?

Edge of Eternity: Game Indie Genre JRPG Yang Cun!