Michael Pachter merupakan seorang penganalisis industri gaming yang terkenal dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang “panas”.

Kelmarin, JomGaming ada melaporkan bahawa Pachter mengatakan yang Sony “bodoh” kerana tidak menghadirkan diri dalam acara E3 2019. Terbaru, beliau sekali lagi mengeluarkan beberapa ramalan yang agak di luar jangkaan.

Pachter meramalkan yang Overwatch dan mode Blackout (battle royale) dalam Call of Duty: Black Ops 4 akan menjadi game percuma (free-to-play) pada tahun ini.

Bercakap kepada GamesIndustry.biz, Pachter berkata beliau merasakan yang Overwatch akan menjadi percuma pada Jun 2019, iaitu kira-kira tiga tahun selepas Overwatch dilancarkan. Beliau menegaskan yang Blizzard telahpun memberikan jaminan kepada pasukan Overwatch League tentang peralihan model bisnes ini, mengatakan kepada mereka yang perubahan ini akan mengembangkan lagi fanbase game ini (dan seterusnya scene esports Overwatch).

Para pemain yang telah membeli/membayar game ini pastinya akan merungut tentang peralihan ini, kata Pachter, namun, Blizzard akan menghadiahkan beberapa item percuma bagi menenangkan para pemain ini.

Bersama-sama dengan ramalan Overwatch beliau ini, Pachter turut mempunyai pandangan yang seumpama dengannya tentang mode Blackout (battle royale) dalam Call of Duty: Black Ops 4 — tetapi dengan sedikit twist.

Kata Pachter, mode tersebut akan boleh dimainkan secara percuma “sekurang-kurangnya selama sebulan” pada suatu ketika sebelum game Call of Duty seterusnya dilancarkan. Pendekatan ini akan mempromosikan game Call of Duty seterusnya, yang mana kini khabar angin kuat mengatakan yang ianya adalah Modern Warfare 4.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah game CoD seterusnya juga akan membawakan mode battle royale?

Bagaimana dengan pandangan korang terhadap ramalan ini? Adakah mempunyai asasnya?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.