Nampaknya jangkaan Overwatch bakal hadir ke console adalah benar. Game ini adalah bukan free-to-play dan bakal mengetengahkan 21 hero apabila dipasarkan.
Blizzard tidak lagi menetapkan kata putus tarikh Overwatch dipasarkan tetapi menurut mereka ia tidak lewat dari 21 Jun 2016.
Overwatch: Origins Edition
Bagi mereka yang pre-order mulai sekarang akan menerima salinan game yang diberi nama Overwatch: Origins Edition. Origins Edition ini akan menerima pelbagai bonus seperti:
- Noire Skin untuk hero Widowmaker.
- Origins skin untuk 5 hero iaitu Overgrown Bastion, Security Chief Pharah, Strike-Commander Morrison, Blackwatch Reyes, dan Slipstream Tracer.
- Baby Winston pet untuk game World of Warcraft.
- Tracer hero untuk game Heroes of the Storm.
- Skin kad Overwatch untuk game Hearthstone.
- Mercy’s Wings untuk Diablo 3.
- 6 in-game potret untuk StarCraft 2.
1 peta dan 3 character baru telah diperkenalkan!
Satu map yang berlatarbelakangkan Hollywood telah diperkenalkan di BlizzCon 2016. Ia bertempat didalam sebuah studio rakaman filem.
Disamping peta, terdapat 3 character baru juga diperkenalkan iaitu:
- D.Va (tank) – Seorang bekas pro-gamer dari Korea yang ditugaskan untuk memandu robot mech ketenteraan.
- Genji (offensive) – Cybernetic ninja yang boleh menepis tembakan pihak lawan menggunakan pedang!
- Mei (defense) – Seorang saintis yang mampu menggunakan sains untuk mengawal iklim dan menggunakan ia dalam pertarungan.
Bagi yang berminat boleh cuba daftar untuk beta Overwatch.
Jom Baca: Overwatch: Gameplay Trailer!
Comments
Loading…