Satu per satu didedahkan.

Blizzard telah mengeluarkan satu cerita pendek baru untuk Overwatch, yang bertajuk “Bastet”. Dalam kisah ini, kita dapat melihat bahawa Soldier 76 aka Jack Morrison adalah seorang gay — iaitu karakter kedua yang cenderung kepada LGBT dalam dunia Overwatch selepas Tracer.

Dalam cerpen itu, Ana telah menemui Soldier 76 di jalanan Kaherah, Mesir. Ana telah ternampak Soldier 76 membelek gambar-gambar lama, lalu salah satu daripadanya merupakan gambar bersama bekas “kekasih”nya, bernama Vincent.

Korang boleh baca kisah penuh ini di sini.

Pengesahan ini datang selepas dua tahun komik Overwatch telah mendedahkan yang Tracer juga cenderung kepada LGBT dan pernah meluangkan masanya bersama teman wanitanya, Emily, semasa Krismas. Dalam komik itu juga, kita dapat melihat yang Soldier 76 juga memegang gambar yang sama seperti dalam cerpen terbaru ini.

Susulan keluaran cerpen ini, ketua penulis Michael Chu turut mengesahkan kecenderungan Soldier 76 dalam satu tweet. Kata beliau:

“Terima kasih untuk semua mesej tentang “Bastet”! Jack dan Vincent pernah dalam hubungan romantik beberapa tahun lalu. Kedua-duanya dikenalpasti sebagai gay.”

JomKomen!