Selepas beberapa laporan khabar angin yang meyakinkan, akhirnya Blizzard mengumumkannya secara rasmi.

Setelah dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One, Overwatch akan menambah ke satu lagi platform. Game bergenre team shooter ini bakal dilancarkan ke Nintendo Switch pada 15 Oktober ini.

Versi Switch akan menambah satu fungsi yang agak menarik, iaitu kawalan motion di joy-con untuk abiliti seperti Rip-Tire untuk Junkrat dan Hammond semasa berguling.

Korang boleh layan trailer yang dikeluarkan di bawah:

JomKomen!