Dua game besar yang sedang dalam pembangunan Blizzard Entertainment tidak akan menemui para peminat pada tahun ini.
Melalui laporan kewangan terbaharu, Activision Blizzard telah mendedahkan yang Overwatch 2 dan Diablo 4 tidak akan dilancarkan pada tahun 2021.
Tidak banyak butiran yang muncul daripada pendedahan ini kerana Daniel Ahmad hanya melaporkannya dalam satu tweet ringkas. Beliau kemudian hanya berkata, “Kedengaran seperti Overwatch 2 bakal tiba pada 2022.”
JomBaca: Saksikan Hampir 2 Jam Video Gameplay Overwatch 2 Dalam Mode PvE & PvP
Kedua-dua Overwatch 2 Dan Diablo 4 diumumkan pertama kali pada BlizzCon 2019. Masing-masing merupakan sekuel kepada game pertama Overwatch dan Diablo 3.
JomBaca: Overwatch 2 Diumumkan Blizzard – 10 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Sekuel Game Shooter Ini
Comments
Loading…