Apabila Overwatch 2 dilancarkan kelak, game tersebut akan terus menggantikan game pertama Overwatch.
Pemilik game pertama Overwatch yang tersedia installed game itu akan mendapat satu kemaskini baharu yang akan terus menukarkan game tersebut menjadi Overwatch 2 — membawakan segala perubahan yang dijanjikan untuk Overwatch 2.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Blizzard di Reddit, lapor Gamespot.
Seperti yang kita dah tahu, Overwatch 2 telah bertukar model bisnesnya, yang mana akan dilancarkan sebagai sebuah game percuma (free-to-play).
Tarikh pelancarannya adalah pada 4 Oktober 2022 untuk PC, Xbox Series, Xbox One, PS5, PS4 dan Nintendo Switch.
Menampilkan perlawanan kompetitif online 5-lawan-5, Overwatch 2 akan membawakan fungsi cross-play dan cross-progression.
Overwatch 2 turut akan meninggalkan sistem loot box, seterusnya memperkenalkan Battle Pass.
Comments
Loading…