Blizzard Entertainment telah mengumumkan tarikh pelancaran Overwatch 2 sekaligus mengumumkan satu perubahan besar keapda game shooter ini.
Overwatch 2 telah bertukar model bisnesnya, yang mana akan dilancarkan sebagai sebuah game percuma (free-to-play).
Tarikh pelancarannya adalah pada 4 Oktober 2022 untuk PC, Xbox Series, Xbox One, PS5, PS4 dan Nintendo Switch.
Menampilkan perlawanan kompetitif online 5-lawan-5, Overwatch 2 akan membawakan fungsi cross-play dan cross-progression.
Blizzard akan berkongsi lanjut mengenai game ini seperti karakter baharu bernama Junker Queen, bagaimana model live-service game ini akan berjalan, perancangan kandungan bermusim, sesi percubaan beta dan lain-lain pada 17 Jun ini, 1 pagi (waktu Malaysia) di Twitch dan Youtube.
Comments
Loading…