Pada November 2020, Overcooked! All You Can Eat merupakan antara game yang tersedia ketika pelancaran PS5 dan Xbox Series X.
Ia merupakan sebuah game kompilasi yang mengumpulkan kedua-dua game pertama Overcooked dan Overcooked 2, serta pelbagai penambahbaikan seperti menampilkan grafik 4K/60FPS, semua kandungan tambahan (DLC), semua level boleh dimainkan secara online, barisan Trophy/Achievement baharu, serta fungsi cross-play antara kedua-dua platform itu.
Terbaharu, Team17 dan Ghost Town Games telah mengumumkan yang Overcooked! All You Can Eat turut akan dilancarkan untuk platform PC (Steam), PS4, Xbox One dan Switch pada 23 Mac 2021.
Semua kandungan dan ciri-ciri yang ada dalam PS5 dan Xbox Series X akan dibawakan ke dalam platform-platform baharu ini. Untuk fungsi cross-play pula, semua platform akan boleh main online bersama, dan ia akan ditampilkan dalam satu kemaskini akan datang selepas game ini dilancarkan.
Comments
Loading…