in , , ,

Overcooked! All You Can Eat Diumumkan Untuk PS5 Dan Xbox Series X – Gabungkan Kedua-Dua Game

Menjelang konsol generasi akan datang yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini, siri game Overcooked juga tidak mahu ketinggalan.

Overcooked! All You Can Eat telah diumumkan, sebuah game kompilasi untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X yang menggabungkan game pertama Overcooked dan Overcooked 2. Versi remastered ini akan turut membawakan kesemua DLC yang pernah dilancarkan untuk kedua-dua game ini.

Kompilasi ini sekaligus menjadikan Overcooked! All You Can Eat bakal menyajikan kandungan berupa lebih daripada 200 level, termasuk 7 level baharu, 3 chef baharu, beberapa Trophy/Achievement baharu — semuanya dalam resolusi 4K/60 fps serta tempoh loading yang lebih pantas.

Mereka turut mendedahkan yang game pertama Overcooked yang ada dalam Overcooked! All You Can Eat akan turut boleh dimainkan secara online bersama rakan-rakan. Sebelum ini, hanya Overcooked 2 yang boleh dimainkan secara online, manakala game pertamanya hanya boleh dimainkan secara offline/couch.

Lebih menarik, Overcooked! All You Can Eat akan menampilkan keupayaan untuk cross-play. Bermakna, pemain di PS5 dan Xbox Series X akan boleh main bersama secara online.

Selain itu, game ini nanti akan membawakan beberapa opsyen kemudahan (accessibility) dan assist mode iaitu memperlahankan pertukaran resipi baharu, menambah masa setiap pusingan, opsyen untuk melangkau level, saiz UI yang boleh dilaraskan, teks untuk pemain Disleksia, dan opsyen buta warna.

Perbezaan visual antara game pertama Overcooked dengan apa yang akan disajikan dalam Overcooked! All You Can Eat.

Team17 dan Ghost Town Games akan berkongsikan butiran lanjut tentang Overcooked! All You Can Eat pada masa akan datang.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Yarntown: Apabila Bloodborne Bertemu Dengan Zelda Yang Klasik

Yarntown: Apabila Gameplay Bloodborne Bertemu Dengan Grafik Zelda Yang Comel

Kita Sekarang Boleh 'Jalan-Jalan' Dalam Studio CD Projekt Red Di Google Maps

Kita Sekarang Boleh ‘Jalan-Jalan’ Dalam Studio CD Projekt Red Di Google Maps