in , , , , , ,

Overcooked 2 Mengacah Dengan Kandungan Baru Bertemakan Salji, Kemungkinan Percuma

DLC pertama yang dibawakan oleh Team 17 dan Ghost Town Games untuk Overcooked 2 ialah Surf n Turf — sebuah kandungan berharga RM24 yang menambah 12 level campaign baru, level Versus baru, level Kevin baru, Chef baru, dan resipi baru iaitu kebab dan smoothies.

Terbaru, satu lagi kandungan baru telah diacah, dengan satu video telah dimuatnaik oleh mereka. Dalam video acah berdurasi 30 saat ini, tiada info lanjut yang boleh kita dapati selain hanya dapat melihat suasana bersalji. Namun, apa yang menarik ialah kata-kata yang diletakkan di akhir video ialah “Something Free-Zing Is Coming”, menandakan kemungkinan besar DLC ini nanti adalah satu kemaskini percuma untuk semua pemain.

Apalah agaknya kandungan bersalji musim sejuk yang akan dibawakan mereka ini? Kandungan yang bermacam sama seperti DLC sebelum ini, tetapi dengan kemaskini percuma?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Geralt of Rivia Dari Siri The Witcher Akan Dibawa Masuk Ke Dalam Monster Hunter: World

Sesuatu Aneh Sedang Dilakukan Epic Games: Fortnite Diacah Dengan Pedang, Infinity Blade Dibuang Dari iOS