Seperti yang Team 17 dan Ghost Town Games acahkan pada beberapa hari lalu, mereka telah umumkan kandungan tambahan yang boleh dimainkan secara percuma oleh semua pemain Overcooked 2. 

Bertemakan salji dan perayaan Krismas, dan digelar Christmas Cracker, DLC ini sudah pun boleh dimainkan sekarang. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah kemaskini game ini dan korang boleh terus mainkan kandungan terbaru ini.

Christmas Cracker akan menambah 5 dapur (level) baru; 2 chef baru, iaitu elf dan snowman; serta 3 resipi baru, iaitu mince pie, Christmas pudding dan hot chocolate.

Selain kandungan bertemakan Krismas ini, mereka turut menambah Practice mode, iaitu satu mode yang korang boleh masuk tanpa kekangan masa dan tempahan (order) yang tanpa had. Masak dan berlatih sampai korang muntah!

Satu lagi fungsi baru yang diperkenalkan ke dalam game ini ialah membenarkan 2 pemain local bermain bersama/lawan menentang 2 pemain local yang lain secara online.

Overcooked 2 boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

JomKomen!