Seperti dijanjikan minggu lalu, Epic Games datang dengan satu lagi minggu game percuma yang cukup menarik.
Epic Games Store kini menawarkan Overcooked 2 dan Hell is Other Demons sebagai dua game percuma untuk minggu ini. Kedua-dua game ini boleh diambil secara percuma bermula sekarang hingga 24 Jun, 11 malam (waktu Malaysia).
Korang boleh dapatkannya di pautan ini.
Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, penulis mengatakan:
“Mencari party game yang menghiburkan, mencuit hati, karakter-karakter yang comel, dalam masa sama memerlukan skil koordinasi tangan dan memori yang baik serta kerjasama sepasukan yang mantap? Overcooked 2 adalah game yang BOLEH BELI untuk korang.”
Dua game percuma untuk minggu hadapannya pula juga telah didedahkan — iaitu Horizon Chase Turbo dan Sonic Mania yang akan boleh diambil sebaik sahaja game-game percuma minggu ini tamat.
Comments
Loading…