Kalau masih belum bermain Overcooked 2, korang sebenarnya telah ketinggalan untuk merasai sebuah game co-op antara yang terbaik pernah dihasilkan. Melalui edisi terbaharu ini, korang dah tiada alasan untuk dapatkan game ini.
Team17 dan Ghost Town Games telah mengumumkan Overcooked 2: Gourmet Edition, sebuah edisi terbaharu untuk Overcooked 2 yang menampilkan game asas berserta kesemua DLC berbayar yang pernah dikeluarkan sebelum ini dalam satu pakej yang lebih berpatutan.
Edisi ini akan didatangkan sekali bersama keempat-empat DLC berbayar — iaitu Surf ‘n’ Turf, Campfire Cook Off, Night of the Hangry Horde, dan Carnival of Chaos, serta pek Too Many Cooks yang menjadikan kesemua Chef yang pemain boleh pilih berjumlah 58 karakter.
Dan semestinya edisi ini didatangkan sekali dengan empat lagi DLC percuma — iaitu Kevin’s Christmas Cracker, Chinese New Year, Winter Wonderland, dan Spring Festival.
Kesemua kandungan ini, dari game asas hingga ke semua DLC berbayar dan percuma, menjadikan Overcooked 2: Gourmet Edition memiliki lebih daripada 130 level untuk dihabiskan.
Overcooked 2: Gourmet Edition sudahpun boleh didapati di PS4, Xbox One dan Switch. Untuk platform PC, ia akan dilancarkan pada 16 April ini.
Di PlayStation Store, Overcooked 2: Gourmet Edition berharga RM199.
Dalam reviu Overcooked 2, kami mengatakan yang game ini adalah sebuah party game yang menghiburkan, mencuit hati, mempunyai karakter-karakter yang comel, dalam masa sama memerlukan skil koordinasi tangan dan memori yang baik serta kerjasama sepasukan yang mantap.
Comments
Loading…