in , , , ,

Outlast 2: Bakal Kembali Tetapi Bukan Di Mount Massive

Outlast 2 bakal ditempat di kawasan baru dan bakal menemui peminat kelak.

outlast-2-01

Developer Red Barrels telah membuat pengumuman bahawa Outlast 2 tidak akan berlaku di Mount Massive Asylum. Mereka juga telah mengatakan bahawa siri kedua ini akan berada dipasaran sekitar bulan September dan tarikh masih belum lagi ditetapkan.

https://twitter.com/TheRedBarrels/status/684783508263448578?ref_src=twsrc%5Etfw

Red Barrels turut mengatakan bahawa Outlast 2 adalah bukan kesinambungan daripada Outlast yang pertama. Pengalaman seperti melarikan diri dan menyorok masih dikekalkan didalam Outlast 2 kerana respon yang positif dari peminat dan komuniti gaming bergenre seram.

Dengan penjualan sebanyak 3.5 juta untuk Outlast, Red Barrels yakin mereka akan berjaya mendapatkan lebih banyak peminat melalui Outlast 2.

Outlast 2 bakal menemui peminat di PC, PS4 dan Xbox One kelak.

JomBaca: Kalendar game bakal keluar untuk tahun 2016

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Siege: Dua Gadis Operator Baru Dah Jeling Dekat Kita!

Far Cry Primal: Jom Tonton Gameplay Dari Ubisoft!