Otai CD Projekt Red Tinggalkan Cyberpunk 2077, Sertai Blizzard!

0

Banyak game yang hype jadi kurang menyengat bila tenaga kreatif keluar daripada team pembikinan. Harap-harap Cyberpunk 2077 selamat!

Seorang Pengarah Kreatif CD Projekt Red (CDPR) dilaporkan telah meninggalkan CDPR untuk jawatan yang sama di Blizzard. Sebastian Stepien yang telah berkhidmat dengan CDPR semenjak 2006 telah mengemaskini profile LinkedIn beliau sebagai ‘creative director’ di Blizzard Entertainment bermula Januari 2019.

Lelaki yang berasal dari Poland itu telah terlibat dengan semua pembikinan game trilogi Witcher sejak menyertai CDPR pada tahun 2006 sebelum terpilih sebagai salah seorang Pengarah Kreatif yang bertanggungjawab menjayakan pembikinan game Witcher 3: The Wild Hunt. Kini, Sebastian Stepien adalah ketua penulis untuk Cyberpunk 2077 yang masih belum mempunyai tarikh pelancaran yang rasmi.

Keputusan beliau untuk meninggalkan CDPR telah menimbulkan spekulasi bahawa pembikinan Cyberpunk 2077 hampir selesai. Walaubagaimanapun, CDPR dan Blizzard belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi tentang perkara ini.

Keputusan beliau untuk meninggalkan CDPR telah menimbulkan spekulasi bahawa pembikinan Cyberpunk 2077 hampir selesai. Walaubagaimanapun, CDPR dan Blizzard belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi tentang perkara ini.

Apa-apa pun, kami dari Jomgaming mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Sebastian Stepien di tempat baru dan semoga pemindahan ini dapat menghasilkan game yang berkualiti daripada Blizzard.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.